JannaH SpaCe :::

SAFETY
















AMALKAN KESELAMATAN DIRI (PERSONAL SAFETY)


  1. Menjaga Kesihatan Diri Sendiri
          Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat dan uzur, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam apa yang dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan pekerja, oleh itu seseorang pekerja mestilah cukup makan supaya tidak mengalami sebarang keuzuran. Kesihatan rohani pula hendaklah dikawal dari segi fikiran, tidak marah, tidak sedih atau berangan-angan semasa bekerja.


     2.  Disiplin Semasa Bekerja

          Disiplin adalah satu perkara yang sangat penting semasa bekerja. Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan selalu bewaspada. Jangan sesekali melakukan sesuatu  yang boleh merbahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti menyimpan alat-alat tajam dalam saku, membiarkan lebihan-lebihan benda kerja yang telah digunakan berselerak, membuang sampah merata-rata dan sebagainya.

          Pendek kata, disiplin bermakna mennamkan tabiat-tabiat yang positf dalam kerjanya seperti menjaga kebersihan, mematuhi peraturan kerja dan bekerjasama dengan pekerja lain. Tabiat yang positif dan sihat selalunya mengurangkan kemalangan serta meningkatkan produktiviti.
         
           Statistik menunjukkan bahawa kebanyakan kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh kesilapan orang yang melakukannya. Pekerja-pekerja merupakan punca utama dalam kejadian kemalangan. Selain daripada itu, suasana tempat kerja, keadaan alat-alat dan mesin-mesin yang dignakan, sikap pengurusan dan pentadbiran, mutu bahan-bahan yang dikerjakan serta kekemasan pakaian pekerja adalah merupakan punca kemalangan yang sering berlaku ditempat kerja